Followers

Tuesday 31 January 2012

Permulaan

Salam Selasa Dear All..

Semalam tak lena tidur dibuatnya dengan dentuman-dentuman bunga api & mercun. Sampaikan kucing-kucing i berlari tak ada tujuan dek kerana bunyi bising yang berlarutan sampai ke jam 4 pagi. Dalam hati i, "Eh korang ni..please la nak sambut apa pun, orang nak tidur faham tak. Jagalah sensitiviti orang lain. Mana yang ada anak kecil, mesti kesian" Dan i bangun pagi ni dengan mata yang kuyu (tak cukup tidur ok).

Ok. Back to my preparation for my wedding. Walaupun lagi 8 bulan, I dah mula booking beberapa vendor. Antaranya Catering, MUA, Official Photography (OP), Official Videography (OV), Henna. Alhamdulillah semua yang i berkenan di hati, masih available untuk my wedding date. Cuma untuk busana reception's & pelamin i belum buat kata putus. InsyaAllah next 2 weeks i akan jumpa bridal-bridal untuk discussion dan i sudah pun buat appointment dengan mereka. Bukan senang i nak cuti. Maka bila dah cuti. Biar semuanya puas hati & selesai buat pemilihan. Jumpa depan-depan tengok hasil kerja mereka dengan lebih dekat lagi.

Next entry i akan share vendor mana yang i dah booking/block my date.




Lve & Hugs

Monday 30 January 2012

Review : My Engagement Day , Vers ~ 2

Salam readers.. :)

Ok lets continue with Vers~ 2 pula.. ingat nak sambung semalam.. biasalah hari minggukan.. berjalan sahaja lah jawabnya.

Now cerita pasal makeup bertunang. Seperti cerita Vers~1 dalam masa 4 hari memang tak sempat nak hire MUA ke. OP ke. Semuanya bidan terjun, dan i sangat bertuah sebab salah sorang my best friend introduce kan kakak dia untuk makeupkan i hari tu. i pon 'ok' sahaja tanpa tengok hasil kerja dia.. Masa sangat-sangat suntuk. Banyak lagi hal nak difikirkan. Alhamdulillah Kak Niza did her job very well! i sangat-sangat berpuas hati. Pada hari kejadian, i tadah sahaja muka untuk di makeover kan. Cuma cakap dengan Kak Niza, i nak natural makeup & tak nak tebal2. Dan dia tak banyaak komen. hee.. Mula-mula takut juga nak tengok muka kat cermin.  Tapi pas tengok. terus cair.. bukan makeup i yang cair.. i yang cair dengan hasil tangan Kak Niza. My fience pon cair tengok i, dia kata.. jatuh cinta kali kedua.. hee..








Suka sangat hasil tangan Kak Niza.. Thanks alots Kak. 
Pada B2b area Selangor/ KL yang nak bertunang boleh lah hire Kak Niza ni untuk dapatkan harga reasonable. Dia ambil job untuk bertunang sahaja buat masa ni. 

Ini contact no Kak Niza Phone : 016-6260751

Untuk Baju bertunang pula. I just pakai kurung moden yang i patch lace kan sendiri. Ini entry untuk baju tersebut READ & READ. Baju bertunang i tu hantar tailor biasa kat Penang yang charge nye hanya RM90 untuk jahitkan chiffon + satin (lining). i rasa murah sebab ada yang tanya kat tailor lain they all amik range RM180- RM250 (no beadings). Then i beli border lace for RM60/m kat Osman, Semua House Level 1. i pernah survey juga kat Jakel, harga dia lebih kurang Osman.Then i tambah-tambahkan sikit pearl & 3D flower. Alhamdulillah.. ramai yang puji baju & veil tu cantik * suka ok  bila baju DIY sendiri orang puji. Terima kasih semua.




Ok. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Antara yang hadir. *budget AJL lah pulak. Yang penting Awan Nano ku Menang. Thee *pang.


 sesi perbincangan






Sudah menjadi tunangan orang

bersama family Zam


  Bff from Teknik Bentong, Pahang. Amy, Soleha & Kak Niza

Bff from Politeknik Port Dickson Ms. Ecah & Ms. Pika.
(next week dua-dua ni nak kahwin dah)



Bff from SIGS, JB. Nanie, Danizad & Ekin




Special with my lovely Mama, I LOVE U So Much! Orang kuat majlis nihh..


Ingat tak entry pasal Surprise Birthday Cake? Ok.. mari baca semula READ ME. i buat birthday surprise untuk tunang tersayang on our engagement day. 2 bulan awal i dah order rainbow cake siap-siap to Ms. Aishah from That Last Slice. Very delicious! Awesome! Trust me. Dan tunang i pon suka sangat kek tu. Mula-mula mama i tengok kek tu dan berkata " eh along, kek apa yang along beli ni" ? lepas dah rasa. haa.. kan nak lagi. :) Semua tetamu yang hadir dapat rasa kek tu. 


ini dia birthday boy a.k.a my tunang *kemain terkejut dia kan.

Rainbow Cake from That Last Slice

Contact:


And last but no list.


Semoga sepanjang perjalanan menjadi tunangan orang, kami tabah menghadapi cabaran & dugaan mendatang. Bak kata orang tua-tua. Masa bertunang tu lah dugaan hebat. "Darah Manis". Semoga Allah S.W.T kuatkan hati kami berdua, kuatkan iman kami kepadaNya. Ingat. Selepas ini saya ada tanggungjawab yang lebih besar.  Harap & berdoa kepadaNya semoga persiapan untuk hari bahagia kami dipermudahkan & berjaya hendakNya. Amin.



Love & Hugs

Saturday 28 January 2012

Review : My Engagement Day , Vers ~ 1

*Peringatan* Entry ini Berjela2 panjangnya setelah 1bulan xupdate.

1 Bulan sudah menjadi tunangan orang.. Hari ni baru nak review.. Hee..

Tarikh 24 Dec 2011 (Sabtu) sebenarnya adalah tarikh merisik.. tapi pada 19 Dec (Isnin) sebelumnya.. tiba2 pihak lelaki call bagi tahu nakkan kami bertunang. Kemain kelibut lah kami nak sediakan semuanya.. Dari kateringnya.. hantarannya.. pelaminnya.. *bayangkan diberi 4 hari sahaja untuk sediakan semuanya tu.. 4 hari ok.. bukan 4 minggu.. *pengsan*

First of all Mama call Katering dari Bangi. Syukur Alhamdulillah.. masih lagi ada kekosongan.. tahu2 saja lah  date 24 Dec tu public holiday.. maka orang ramai buat events, wedding, kenduri & dll.. Mama just order menu lauk kampung macam sambal tumis udang, sambal sotong, daging salai masak lemak cili api, ayam goreng berempah, sambal tempoyak * fav! * ulam-ulaman, sambal belacan.










Daging Salai masak Lemak Cili Api


Kedua cari khemah.. sebab katering tu tak sediakan khidmat khemah. My pax adalah 200 orang. My family kalo buat kenduri or majlis xleh panggil sikit2 sebab nanti ada yang akan kecil hati. Sekali lagi Allah permudahkan urusan kami. Atuk i kata... "Jangan risau.. khemah & kerusi meja ditanggung berehh".. Atuk sponsor katanya.. *mood happy*








Theme of the day : Kuning di Raja.. *cewah* (tembok pon cat kuning ok) 


Ketiga pula.. sesi mencari barang2 Hantaran.. untuk bertunang biasa orang bagi manisankan kan.. material kurang.. i pon begitu.. hanya bagi sehelai kemeja buat Zam. Rabu tu baru i turun KL memandangkan i kerja di Penang. So Khamis baru lah bershopping2   di Jalan TAR. Hanya mencari alas dulang, bekas bunga rampai, kabus2 sebab dulang memang dah ada, recyle  mama punya time kahwin dulu. Maka begini hasilnya, 2 hari bertukus-lumus menghias hantaran tunang. Kebanyak sedara-mara bantu.. bagi kek bagi buah, sebab tu buah & kek sampai dua dulang. Yang paling i suka sirih junjung & pulut kuning with telur puyuh, made by my lovely mama. Terima kasih Mama.. Seronokkan..






Hal keempat pulak.. pelamin aka mini pelamin. Disebabkan last minit punya decision nak bertunang. Maka kami sekeluarga DIY sahaja kerusi kayu yang ado kat rumah tu. Duduk pun hanya 5 minit. Mini pelamin i ringkas sahaja.. hanya perlukan kain net light yellow 5 meter dan artificial bunga untuk naikkan seri pelamin tu. Fresh flower yang tepi2 tu pon murah i beli. 2sets hanya RM50. Nasib baik juga kusyen kerusi kayu tu warna gold.. ok kan digandingkan bersama tema pada hari tu.. Kuning. Lepas tu hangkut lah tempayan yang ado kat luar rumah tu.. hias sikit2... tadaaa.. dah siap.. Total of deco mini pelamin below RM100. Fuhh.. jimat duit






Perihal kelima adalah door gift for guest. A Big thanks to Kak Anis from Special Sugar. Rasanya lebih 5 kali i call Kak Anis tukar itu tukar ini. Kak Anis sangat2 lah friendly dan juga sabar melayan karenah i. Allah permudahkan segalanya. I order 200pcs of muffins for guest, 1 red velvet cake & 1 blueberry cake for my little cousin yg celebrate birthday on Dec &  French Macaroon & Apam Polkadot. Honestly i cakap.. cake redvelvet from Special Sugar sangat2 lah sedap. Boleh dikatakan semua2 yang i order semua sedap! Puas Hati.Superb!! Kagum & bangga dengan Kak Anis boleh buat semua ni.



Credit to Kak Anis from Special Sugar

                           *pinjam gambar yer Kak Anis.. Farrah tak sempat snap hari tu



Credit to Kak Anis from Special Sugar





Apam Polkadot from Special Sugar


       Cake Redvelcet from Special Sugar




Ini link untuk Special Sugar :

                      Facebook : Special Sugar
                      Twitter : Special Sugar

                           



Ok.. Time lunch dah sampai. Later i continue Vers 2 pula dengan perihal makeup + baju + the event.



Love & Hugs

Kenapa? Kenapa? & Mengapa?

Salam U'ols..

Wahh.. dah bersawang agaknya blog i ni.. *bukan agak yer.. tetapi memang benar2 berhabukkk + bersawang blog ni.. Persoalannya sekarang.. Kenapa? Kenapa & Mengapa lah i tak update2 blog.. Rasanya ini adalah first post untuk 2012.. hebat kan? haha.. nak masuk Febuary dah oii..

Xtau la Kenapa? Kenapa & Mengapa ..

Nak kata bz buat preps untuk my big day.. tidaklah.. padahal b2b yg nak weddingnya on Jan & Feb or terdekat..lagi aktif mengupdate blog.. *i kena belajar untuk menjadi rajin untuk update entry macam yang lain.

Ok.. now sudah tiba masanya i bergerak aktif booking vendor untuk my big day.
Dulu boleh kata lagi.. buka web itu ini.. buka FB vendor2.. boleh survey2 .. Now i have to make right decision.

Semoga Allah permudahkan segalanya..
Semoga Allah kuatkan kesihatan & Daya ku..

Amin

Love & Hugs

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!