Followers

Monday 8 July 2013

Setelah 9 bulan


Setelah 9 bulan tidak aktif dalam dunia blog. Usia kandungan ku sudah mencecah 6 bulan 2nd trimester. Alhamdulillah. Inilah gambar si kecil yang berada di dalam perutku. Semoga menjadi anak yang soleh/soleha, sihat dan baik sempurna fizikal dan rohaninya.

Masa gambar scan ini diambil usia si kecil ini adalah 5 bulan. Berpatutan juga harga scan di Klinik Pakar Wanita Dr Anoop, Bercham, Ipoh ditambah pula dengan info2 yang berguna dari Dr Anoop tentang kemusykilan ku tentang kehamilan. Dr. cakap si kecil ni sangat aktif sampai nak snap gender pon mengambil masa yang lama untuk tunggu dia diam. He anak ibu. Seronok sungguh ya bila ibu dan abah datang tengok dia. Tak keruan dibuat dia.

Oklah next cerita kita up pasal kisah awal kehamilan ku yang tak sempat daku update. 


See ya.

Tuesday 2 October 2012

Sekali Lafaz






Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Md. Shahrizam bin Salim pada 
28 September 2012. 




Love & Hugs

Friday 21 September 2012

Just A Week To Go


Assalamualaikum,


Debaran semakin terasa, Prof pon dah sign surat perlepasan kuliah dan meluluskan cuti kahwin I selama 2 minggu, alhamdulillah. Saat-saat terakhir ni lah baru terfikir nak order sticker lah, nak beli itu ini. Selagi belum sampai tarikhnya, rasa semuanya tak cukup lagi. Dalam erti sebenar RISAU. Nasib baik ada yang menerima tempahan saat-saat akhir. Nanti i review ya.

Dan yang paling penting, baju nikah i baru sekali je i tengok. Tak tahulah apa rupanya nanti. Harap pada hari nikah nanti semuanya ok dan berjalan lancar.

Malam ni juga Mama dan Ayah dah buat solat hajat di Masjid Ipd Bt Gajah, berdoa agar majlis pada minggu depan berjalan dengan lancar. Lagipun ini adalah Majlis Perkahwinan yang pertama bagi keluarga kami. Maka kami tiada pengalaman.

Ada lagi seminggu je kan, sedikit sebanyak i dah buat confirmation dari Official Photography, Official Videography, MUA untuk datang pukul berapa dan berikan map untuk ke rumah.

Kepada semua yang akan menjayakan Majlis Farrah Farhana & Md. Shahrizam, Ayah & Mama, adik-beradik, Nenek & Atuk, Makcik Pakcik, sepupu sepapat, kawan2 yang sudi membantu saya, semoga ianya berjalan lancar & dipermudahkan segalanya2.

Terasa sedih pula minggu2 terakhir ni :'(







Wednesday 5 September 2012

23 Hari Lagi!

Assalamualaikum,





CHECKLIST *UPDATE 05/09/2012

Solemnization's Day
◕ Set the Date & Time done
◕ Set the Vanue done
◕ Set the Theme done
◕ Item* Batal air sembahyang for bride done
◕ Item* Batal air sembahyang for groom done
◕ Attire for Bride DONE for Fitting
◕ Attire for Groom done
◕ Attire for Bride side done
◕ Attire for Groom side done
◕ Attire for Dayang's On Progress
◕ Hand Bouquet Refer WP (Reconfirm)
◕ Catering done for deposit
◕ MUA done for deposit
◕ Official Photographert done for deposit
◕ Official Videographerdone for deposit
◕ Hennadone for deposit
◕ Final Meeting for family done



Reception's Day
◕ Set the Date & Time done
◕ Set the Vanue done
◕ Set the Theme done
◕ Attire for Bride 27/9
◕ Attire for Groom 27/9
◕ Attire for Bride side (Family) done
◕ Attire for Groom side (Family) done
◕ Attire for Bridesmaid (Shida) done
◕ Hand Bouquet Refer WP (Reconfirm)
◕ Catering done for 50%
◕ MUA done for deposit
◕ Official Photographer done for 50% payment
◕ Official Videographerdone for 50% payment
◕ Final Meeting with Pulapol's done



Ni muka excited ke? Takut ke? Terkejut ke? Debar-debar ke? Teruja ke? Semua terungkai lagi 2 minggu lebih.. Semoga Allah permudahkan & lancarkan urusan ini..



Love & Hugs

Masih Tak Terlambat nak ucap Selamat Hari Raya kan??

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan blogger. I dah lama sangat tak buka blog ni. Sampai ada orang cakap, tak aktif dah ke dengan blog. Hee.. Blog aktif lagi tapi nak update tu yang tak berapa rajin. Ok sempena bulan baik ni, i minta maaf jika ada tersalah cakap, atau ada yang terguris hati selama kita berblogger. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita tulis ada yang terasa hati. I menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf ya.



Raya 2012 dengan kurung moden peach color



Tahun ni baju raya dan kuih raya kurang. Sebab banyak tertumpu pada preps kahwin.. Lagi 2 minggu lebih je ni. Debar-debar....



Love & Hugs

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!