Followers

Tuesday 2 October 2012

Sekali Lafaz






Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Md. Shahrizam bin Salim pada 
28 September 2012. 




Love & Hugs

Friday 21 September 2012

Just A Week To Go


Assalamualaikum,


Debaran semakin terasa, Prof pon dah sign surat perlepasan kuliah dan meluluskan cuti kahwin I selama 2 minggu, alhamdulillah. Saat-saat terakhir ni lah baru terfikir nak order sticker lah, nak beli itu ini. Selagi belum sampai tarikhnya, rasa semuanya tak cukup lagi. Dalam erti sebenar RISAU. Nasib baik ada yang menerima tempahan saat-saat akhir. Nanti i review ya.

Dan yang paling penting, baju nikah i baru sekali je i tengok. Tak tahulah apa rupanya nanti. Harap pada hari nikah nanti semuanya ok dan berjalan lancar.

Malam ni juga Mama dan Ayah dah buat solat hajat di Masjid Ipd Bt Gajah, berdoa agar majlis pada minggu depan berjalan dengan lancar. Lagipun ini adalah Majlis Perkahwinan yang pertama bagi keluarga kami. Maka kami tiada pengalaman.

Ada lagi seminggu je kan, sedikit sebanyak i dah buat confirmation dari Official Photography, Official Videography, MUA untuk datang pukul berapa dan berikan map untuk ke rumah.

Kepada semua yang akan menjayakan Majlis Farrah Farhana & Md. Shahrizam, Ayah & Mama, adik-beradik, Nenek & Atuk, Makcik Pakcik, sepupu sepapat, kawan2 yang sudi membantu saya, semoga ianya berjalan lancar & dipermudahkan segalanya2.

Terasa sedih pula minggu2 terakhir ni :'(







Wednesday 5 September 2012

23 Hari Lagi!

Assalamualaikum,





CHECKLIST *UPDATE 05/09/2012

Solemnization's Day
◕ Set the Date & Time done
◕ Set the Vanue done
◕ Set the Theme done
◕ Item* Batal air sembahyang for bride done
◕ Item* Batal air sembahyang for groom done
◕ Attire for Bride DONE for Fitting
◕ Attire for Groom done
◕ Attire for Bride side done
◕ Attire for Groom side done
◕ Attire for Dayang's On Progress
◕ Hand Bouquet Refer WP (Reconfirm)
◕ Catering done for deposit
◕ MUA done for deposit
◕ Official Photographert done for deposit
◕ Official Videographerdone for deposit
◕ Hennadone for deposit
◕ Final Meeting for family done



Reception's Day
◕ Set the Date & Time done
◕ Set the Vanue done
◕ Set the Theme done
◕ Attire for Bride 27/9
◕ Attire for Groom 27/9
◕ Attire for Bride side (Family) done
◕ Attire for Groom side (Family) done
◕ Attire for Bridesmaid (Shida) done
◕ Hand Bouquet Refer WP (Reconfirm)
◕ Catering done for 50%
◕ MUA done for deposit
◕ Official Photographer done for 50% payment
◕ Official Videographerdone for 50% payment
◕ Final Meeting with Pulapol's done



Ni muka excited ke? Takut ke? Terkejut ke? Debar-debar ke? Teruja ke? Semua terungkai lagi 2 minggu lebih.. Semoga Allah permudahkan & lancarkan urusan ini..



Love & Hugs

Masih Tak Terlambat nak ucap Selamat Hari Raya kan??

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan blogger. I dah lama sangat tak buka blog ni. Sampai ada orang cakap, tak aktif dah ke dengan blog. Hee.. Blog aktif lagi tapi nak update tu yang tak berapa rajin. Ok sempena bulan baik ni, i minta maaf jika ada tersalah cakap, atau ada yang terguris hati selama kita berblogger. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita tulis ada yang terasa hati. I menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf ya.



Raya 2012 dengan kurung moden peach color



Tahun ni baju raya dan kuih raya kurang. Sebab banyak tertumpu pada preps kahwin.. Lagi 2 minggu lebih je ni. Debar-debar....



Love & Hugs

Wednesday 25 July 2012

Good Review : Kecantikan Bermula dari Dalam

Assalamualaikum,

I nak something yang sangat best. I dah try minum produk ini selama sebulan setengah. Keputusannya sangat AWESOME! yer. Bulan lepas i banyak sangat test,final exam, project paper yang nak diselesaikan sebelum cuti. So i try tanya kawan i, sebab dia ni seorang isteri + pelajar + dalam masa yang sama dia juga berkerja. I tengok kulit & tenaga dia sangat ok. I tanyalah dia.. Nama dia pon Farah, 'Farah u makan apa nampak bertenaga & kulit u sangat cantik., (sedangkan dia adalah seorang yang sangat bz dengan rutin harian dia)

Dia pon perkenalkan produk Shaklee. Dulu ada dengar kawan-kawan sebut Shaklee..Shaklee. Tapi macam tak ambil port. Ok. Sambung cerita..Dia kata dia minum Energizing Soy protein (ESP) dari Shaklee. Ok memandangkan i tau i punya antibody tak kuat + untuk supplement bulan puasa ni, i pon try beli Energizing Soy protein (ESP) tu. Lagi pon Energizing Soy protein (ESP) ni tak memerlukan untuk kita minum banyak air. Contoh macam jamu or supplement lain yang memerlukan banyak air. Sebab Energizing Soy protein (ESP) ini sendiri kandungannya air bukan bahan kimia yang boleh merosakkan badan manusia.

So far, Alhamdulillah antibody i kuat. Macam hari ni i demam + selesema + batuk.. tapi antibody i tak lemah. Kalau tak dulu i dah tersadai  atas katil. Untuk kulit pula, ramai yang memuji kulit i bertambah putih (soya) and nampak anjal (kalau tak dulu kusam sedikit) Alhamdulillah.. I juga akan amalkan selalu sebab ESP ini kerana ia baik untuk ibu mengandung untuk menambahkan susu untuk bayi (akan datang)

Untuk harga Energizing Soy protein (ESP) jangan risau. I dah survey, harga dari Puan Farah ini sangat berpatutan. U'ols boleh pm or email beliau untuk bertanyakan harga produk ini.


Inilah produknya..

credit : Live.Healthy.Young blog



Jadi apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : Melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : Keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: Menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.



Selain itu ada juga ,














dan banyak lagi di  blog Live.Healthy.Young








FOR MORE INFO & CONSULTATION :





Love & Hugs

Tuesday 24 July 2012

HIV Test Done!

Assalamualaikum,

Fuuhh alhamdulillah, last week mama and i turun KL untuk uruskan hal HIV Test. Terima kasih kepada kawan baik i Solleyh Mohd Noor sebab tolong bookingkan date untuk i. Sebelum tu, I call Klinik Kesihatan Ampang, admin tu cakap full untill start puasa. So i tak boleh lah, sebab i nak settle HIV Test ni before puasa. Lagi pon i tak larat nak drive masa bulan puasa. So, Solleyh try call Klinik Kesihatan Shah Alam, alhamdulillah ada date yang free. So 18/07/2012 Rabu i dah settle dengan HIV Test. Senang je rupanya,


  • 1st Call Klinik Kesihatan untuk booking date



  • 2nd Datang ke Klinik Kesihatan pada tarikh yang dah di booking



  • 3rd Isi borang yang admin tu bagi



  • 4th Ambil Darah



  • 5th Result dapat pada hari itu juga


Tak sampai setengah jam pon. Ramai juga hari tu yang buat HIV test, lebih 10 pasangan. I datang awal dalam pukul 2 petang. Selalunya HIV Test ni dibuat selepas waktu lunch.

Sekian,,

Friday 13 July 2012

Happy Counting



Assalamualaikum

Yeay! 2 hari lagi nak balik rumah!! Exam dah habis. Whoops! Last paper pula tu, orang lain dah sedap cuti. Tutup pagar uitm lah nampaknya.

Tengok tu tengok tu.. 2 bulan lebih je lagi nak sampai bulan September. Takpe2. I cuti semester 2 bulan ni, then bersuka ria lah nak prepare pasal wedding nanti.

Ok lah, Happy weekends u'olS!

Wednesday 11 July 2012

Surat Cinta untuk Bakal Suamiku



Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dear calon suamiku

Apakah khabarnya imanmu hari ini?

Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur

Karena dapat menatap kembali fananya hidup ini

Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai calon suamiku…

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?

Di sini aku di tempa untuk menjadi dewasa,

agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.

Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang aku bertanya-tanya,kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku.

Bahagian terapuh diriku, namun kini aku tahu jawabannya.

Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingat-Nya kembali mencintai-Nya.

Ujian demi ujian Insya Allah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah “memiliki” aku di hatimu..

Calon suamiku..

Entah dimana dirimu sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh, hingga akupun bangga “memilikimu” kelak

Apa yang kuharapkan darimu adalah keshalihan

Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yang akan kau dapati

Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, calon suamiku.

Wahai calon Suamiku..

Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan ibuku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat

Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini pencemburu berat.

Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela.

Aku harap begitu pula dirimu.

Aku yakin kaulah yang kubutuhkan,

meski nanti kau bukanlah orang yang kuharapkan..

Calon suamiku yang di rahmati Allah…

Apabila hanya sebuah gubung menjadi perahu pernikahan kita, takkan kunamai dengan gubug derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih..

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Ta’ala..

Bunga ini akan indah pada waktunya. Yaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku…

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Itulah yang kini kuhadapi.

Kelak saat kita tengah besama, maka disitulah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Bersabarlah Calon Suamiku..

Do’aku Selalu…

Credit to http://inspirasiislami.com/index.php/2012/01/surat-cinta-untuk-calon-suami

Monday 9 July 2012

Diam

Assalamualaikum. Asik tak update blog. Diam bukan bererti duduk diam untuk preparation kahwin. Cuma mula 1/7/2012 hinnga 15/7/2012 i ada exam. Nak tunggu exam habis..punya lah seksa.. ini pon ada 3 paper lagi. Dalam otak ni asik ingat nak kahwin je. Lepas tu dari 15/7 tu..HipHoraaay! bolehlah continue the wedding preparation yang akan berlansung lagi 2 bulan.

Ini yang dah settle buat sementara ini.(1 jer pon yang DONE)

1. KURSUS PRA-PERKAHWINAN - DONE!

2. HIV TEST - (baru nak set date appointment dengan KK Ampang)


Love & Hugs

Tuesday 22 May 2012

Ho-ho Umami Steamboat with Friends

Assalamualaikum

Dah 2 bulan menetap di bumi Perlis. Tercari-cari juga kedai makan yang famous di sini. Baru minggu lepas ada kesempatan pergi kedai makan Steamboat di kawasan Arau/Kangar (daerah pon i masih terkeliru). Itu pon sebab jiran bilik sebelah bagitahu kedai tu best memandangkan ada 2, 3 kedai steamboat di sini. Bayar rm10 dan makanlah sepuas-puasnya.











Adik-adik yang comel!

Enjoy!


note:
Lupakan sebentar hal-hal kahwin! T_T release tension katanyerrr



Love & Hugs

Monday 21 May 2012

Any idea(s) door gift for kids?

To b2b, ex-b2b pls help me to share your idea(s). I kebuntuan. Lagi nak final exam. Idea for wedding preps tak mau keluar lansung. Thanks in advance darl!

Saturday 5 May 2012

Day 1 - Bandung, Indonesia ~Part 2

Continue from Day 1 - Bandung, Indonesia ~Part 1


Selepas berehat selama 1 jam kat hotel, mandi-mandi dulu then kami bergerak ke Pasar Baru, Bandung. Yehaa! Destinasi yang di tunggu-tunggu selama ini. Segala list-list kain yang diperlukan semasa majlis perkahwinan i dah lama i sediakan. Bila sampai je di sana, i jadi pening... BANYAK sangat kedai kain. Rambang mata i ok! Kebanyakkan tekstil berada di Lantai 2.





 Alolo! Kesian my brothers letih keletihan.


 Kain-kain family

 Boss senyum baik punya!



 Over tau.. siap berfail-fail bagai


 See! Mata bakal pengantin dah merah! Mengantuk ok. Dari Malaysia till Bandung tak rehat-rehat. Sampai-sampai terus SHOPPING! Harus!

 Ayah pengantin tempah baju! Sangat murah & berbaloi! Hari ini tempah.. esok dah siap. The tailor siap hantar baju-baju tu kat hotel.


 Ayah & Bakal menantu berkolaborasi!

Encik Tunang tempah Coat..
Murah sangat. Upah jahit + Kain = RM300 duit Malaysia.
Siap satu malam

Kat KL mana lah nak dapat camtu kan? Sewa sahaja dah RM500..


Lepas tu mama & ayah tempah curtain pula. Masa ni memang rasa nak pengsan dah. Duduk & dengar je la. Perut pon dah masuk angin.




Atlast, bila dah selesai bahagian kain-kain. Masing-masing segar mata bila dapat makan. See! See! hee.. 
Food Court ni Lantai 5 tak silap. Atas sekali.




Ok. Next entry will continue.


Love & Hugs

Day 1 - Bandung, Indonesia ~Part 1

Assalamualaikum

Tolong tolong tolong jangan gelakkan i yer. Janji last month nak review pasal Bandung, ternyata masa mencemburui i untuk review pasal Bandung.Tiga bulan after the trip i baru nak update.. So ada yang i ingat.. ada yang tak berapa ingat nama jalan or situasi. Tapi tak apa.. Gambar-gambar dari photographer aka adik i ada menyajikan mata u dalam post ni.

First day 09/03/2012 (Jumaat)

Seawal jam 2 pagi ayah, mama,adik-adik i tiga orang tu serta tunang menyertai rombong cik eda ini (my mom) bergerak ke LCCT, Sepang untuk tiba awal di sana. Bayangkan jam 3 pagi dah tercegat di sana. Memang kosong otak ni tak tahu nak buat apa, tambahan pula mata merah i membengkak letih drive kereta dari Penang. Tengok sahaja aksi kami, tak semangat lansung nak bergambar.



muka lesu-melesu T_T


 Bersama tiga orang adik i dan tunang



Matahari pun tak muncul lagi. Flight kami  Jam 0650 pagi. 
So pada waktu ini adalah lebih kurang jam 0620 pagi.





2 jam masa perjalanan, maka tibalah di Bandar Bandung. Masa ni kapal terbang berlegar-legar di awangan lagi, kerana ada kapal di Airport Bandung nak berlepas. Maka kami berpusing-pusing atas kapal mengelilingi bandar Bandung selama 15 minit. Dalam hati.. "aihh.. bila nak turun ni.." pening rasa nak muntah bila lama-lama atas flight ni.



Kami tiba di Bandung Airport, jam 0850 pagi. 



Di depan Airport Bandung, Indonesia




Supir daripada Orange Homes dah menanti ketibaan kami. Kami di bawa menaiki Toyota Kijang (Innova kalau kat Malaysia) untuk ke Orange Homes Hotel.






Ok. Ini COMEL!
 Semasa on the way to hotel, setiap kali berhenti di traffic light, mesti ada penjual, penyanyi, dan lain-lain lalu di setiap kereta. Pada yang pertama kali melihat keadaan sebegini (same goes to me) akan rasa pelik sedikit. 





Ok! Inilah tempat penginapan kami tujuh beranak untuk 4 hari 3 malam di Bandung, Indonesia.
Sangat selesa, service mereka pon baik. Kebanyakkan rakyat Malaysia yang melancong ke Bandung, akan di tempatkan di sini oleh Air Asia. I beli tiket + hotel, maka Air Asia akan bagi hotel ikut budget kita dan kita boleh pilih hotel mana yang kita nak.



Jl. Babakan Jeruk 1 No. 76 
BANDUNG - 40163 - INDONESIA

Phone  :             +6285 321 412 367      
          :             +6281221010336      



Ok, next part is SHOPPING!! PASAR BARU!.. continue after this.



Love & Hugs

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!