Followers

Saturday 30 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Selamat Berpuasa...

Salam rakan2 skalian.. Lama rasanya xupdate blog ni..Patut rasa rindu je pada korang. Ok, Sempena nak menyambut Ramadhan Al Mubarak lagi beberapa hari je lagi, Farrah ucapkan Selamat Berpuasa pada semua rakan2 blogger. Semoga amalan kita lebih diberkati hendaknya. Amin~



Ramadhan sudah diambang pintu, 
Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh barokah.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang
berharga sebagai modal untuk langkah kita selanjutnya
Sementara Salah paham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses
kehidupan kita.

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak
ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas
dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita
Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua
malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan
baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau tertimpa cahya mentari...
semoga di masa mendatang  terus dianugrahi keheningan hati...
seperti layaknya telaga Kautsar..


Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan
baik secara langung mahupun melalui dunia maya,
Jauh didalam hati yang sentiasa didalam genggaman Allah,


Saya mengucapkan :

" Marhabban Ya Ramadhan,
 Mohon Maaf Lahir dan Batin. "

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.
Wassamu'alaikum Wr. Wb,.






 Like This Entry? Like Like Like ◕‿◕

Thursday 21 July 2011

Excited untuk Sabtu ini !!!

Selamat Pagi Kesayangan2...

Semalam selepas waktu kerja jam 9pm i terus bergegas ke GSC Queensbay g beli tiket wayang Harry Potter And The Deathly Hallows : Part 2 untuk sabtu ini. Yeay!!Semangat bukan? Hahaha.. Nasib bridge tak jem. Maka cara pemanduan i dah seperti pemandu F1 yang mencelah2 laju nak sampai ke garisan penamat.

Masa sampai tu ramai juga orang tengah tunggu midnight nya movie. Tp i xdlah queue panjang, adalah dua tiga orang beli tiket. Dengan senang hatinya i beli tiket. So, untuk agenda sabtu ni.. i & encik kekasih serta bodygoard kesayangan i (adik ebab i) pergi nonton wayang bersama2..Dah lama tau i xtengok wayang bersama2 dengan zam, yelahh i utara & dia selatan. Maka bila sesekali dia ke Penang, HARUSlah i
bersemangat WAJA! :)



Excited lebih nak datingss :P



Love & Hugs ◕‿◕
Farrah Anuar



Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Wednesday 20 July 2011

Blog Tudung Nikah Idaman Dah Di Buka Semula

Salam Rabu girls..

Hari ni i nak share sumthing untuk B2b..Pasal Tudung Nikah. I sangat teruja bila blog tudung nikah idaman i dah di buka semula kepada umum hari ni. Nak tau blog ape? Mesti ada diantara b2b yang dah tau vendor ni kan. Ok..i cite juga lah. Blog tu adalah blog  Koleksi Vispera. Selama ni i just review kat bloger2 lain & google n try untuk buka blog Koleksi Vispera ni xberjaya lansung.

I suka tudung2 hasil tangan dari Koleksi Vispera ni. Sebab, memang cantik2 dan sesuai sangat untuk dipakai semasa hari nikah atau pon sanding nanti especially color off white, memang menjadi tema nikah i. Harga untuk tempahan pon berpatutan dengan qualitinya.








picture credit : Koleksi Vispera


Cantik kan? Mesti berseri2 kalau pakai tudung-tudung ni time nikah nanti.

Hari ni Koleksi Vispera ada buat Promosi Ulang Tahun Ke-2. Apa lagi tunggu B2b sekalian..Jom kita jenguk FB Koleksi Vispera. InsyaAllah i pon nak tempah untuk majlis i nanti.


Tata ◕‿◕
Farrah Anuar



Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Tuesday 19 July 2011

Rezeki Orang Nak Kahwin

Now is 8pm. I'm still at office this time. Sambil tunggu pukul 9pm i bz berbloging  bz kira tender sekejap.

Petang tadi pukul 3pm ada meeting, after meeting bos panggil suruh tunggu. Dalam hati kata "aisshh,ape lagi ni..aku ade wat salah ke? ha! orang xwat salah buat ape takut kan?kan? ni mesti ade wat salah kan.."...

Rupanya dia nak cakap.. "Farrah, disebabkan u sorang2 supervise this department, OT u i naikkan 1.5 x 1hr to 2.5 x 1hr. Ok x?" bos kata. I dr muka cuak terus senyum sampai ke telinga ◕‿◕, Alhamdulillah syukur.. Last month dia just naikkan gaji je tapi xnaikkan OT..tapi tadi..dia dah naikkan OT. Memang syukur sgt2. Terus i cakap..ok bos..ok bos..thanks ya bos. Bertambahlah duit tabung i nanti.




Maybe ini dikatakan rezeki orang nak kahwin.. Semoga Allah permudahkan segalanya even i sedikit kecewa minggu lepas atas sebab xdapat sambung study. Maybe rezeki kita ada pada tempat lain, kita xtau kan..

So bride to be & kawan2 sekalian..mari menambahkan duit tabung..nanti xdelah berat sangat bak keluarkan duit masa hari bersejarah kita tu kan.


Farrah Anuar ◕‿◕


Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Busana Nikah Putih Farah

Salam girls..i'm back selepas kesedihan melanda last week. Ok..now I bersemangat balik dengan 'Project 2012' i. Progress nya alhamdulillah menunjukakan peningkatan.


Ok,td i belek2 G.I Photoshoot Fb. Sungguh terpesona dengan busana nikah Farah Breeps2..Credit picture G.I Photoshoot. I memang adore dgn kaler putih & memang plan dengan zam time nikah nanti nak ambil kaler off white atau white pearl.
















Cantik & sweet kan. I doakan semoga Farah & Suami bahagia, kekal hingga ke akhir hayat~


Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Friday 15 July 2011

Antara Hidup & Mati

Salam Jumaat korang.


Hmm..ganas sungguh bunyi tajuk hari ni kan.
bukan apa..
Pasal post  semalam. I dah 30minit try buka laman web upu xleh juga.
Saje je kan nak wat orang excited sampai kena refresh tu banyak kali..naik lenguh jari ni.
Sampaikan lunch hour pon xnak makan, hilang semua selera terbang melayang-layang.
(boleh kurus & kurangkan lemak utk 1 hari)


Sabar Farrah..kerana kesabaran itu indah~





◕‿◕ Farrah Anuar




Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Thursday 14 July 2011

Khamis Yang Panjang~



A typical day in the office !!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I'm so SLEEPY!!
(huhu burok pangai , girls sila jgn ikut macam ni yer)
.
.
.
.
.
.
.
.
&
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


bos suruh semak tender ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


maka & jadinya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


i kena balik

.
.
.
.
.
.
.
.

LAMBAT!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekian terima kasih bos kerana bagi saya lebihan kerja & uwang...

.
.
.



◕‿◕

(huh..xdapat tengok YOU SAKA PERGI JAUH-JAUH malam ni )

 







Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Pretty Nervous~

Salam Thursday beauty ladies..




Esok dah Jumaat kan. I'm pretty nervous girls..Esok juga result akan keluar, nak tau pasal apa.. Klik here




Doakan i dapat keputusan yang terbaik ok.




Apa pon keputusannya. I redha.






Kerana hanya yang Esa tahu mana yang terbaik untuk kita.


Love  ◕‿◕
Farrah Anuar


Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Tuesday 12 July 2011

Jumpa Fazura & Purse MNG

Salam , ini entry sambil  minum petang tu yer...

U'ols nak tau x,malam semalam kan i jumpa Fazura.. Time jumpa Fazura tu dia pakai tudung cam picture kat bawah ni.





Seronok kan..siap duduk sebelah i lagi. Pastu sembang apa ntah. Kitaorang dah macam kenal lama tau. Tiba2 dia keluarkan purse comel dari MNG warna turqoise. Dia cakap cam ni "I ada ni".. Ehh.. Apekah?? i macam pelik tapi dalam hati kata..Oooh dia pakai purse MNG, nanti aku nak beli lah cam dia. Tiba-tiba lagu stacy jahat kedengaran. Rupanya alarm phone i bunyi..then baru i sedar, rupanya i mimpi. Kahkah.


Adakah sebab minat sangat dengan Fazura + color turqoise + nak beli purse maka bergabunglah & datanglah mimpi tersebut??

So sweetnya even sekadar mimpi kan..

Love◕‿◕
Farrah Anuar


Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Gift, Kek & Bekas Berkaca

Salam to all lovely girls


Hari itu i ada blogwalking kat blog Kak Xora  yang sentiasa update tips2 & info utk b2b ni. Antaranya i suka
post pasal bekas kaca berhias, sila klik sini <post>. Menarik bukan kalau bekas kaca tu jadikan salah satu idea gift utk wedding day kita.

Lepas tu.. i pon jalan2 lah dalam google then terjumpa idea yg sangat2 menarik... Macam2 boleh isi dalam bekas kaca ni.

Antaranya :

Kek 
 credit : cakies


credit : cakies


credit : emmalinebride 


Pie 
credit : pisforparty


Pie



Cookies 
credit : briderella 


Cheese Cake
 credit : mybakingaddiction



credit : lilcakehouse


Untuk tutorial, sila klik pada setiap credit.


Love ◕‿◕
Farrah Anuar


Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Saturday 9 July 2011

Hadiah & Tanda

Salam malam minggu ladies..Disebabkan duduk umah je arini.. i pon belek2lah majalah yg dah berabuk kat rak buku kesayangan i tu.  Then i nak kongsikan pasal makna hadiah dari orang yang tersayang.




Haa! Korang suka kan dapat hadiah? Lagi2 dari orang yang tersayang..Kadang2 boleh senyum sampai ke telinga bila dapat hadiah dari pasangan kita. Apatah lagi bila 'si dia' buat surprise kan.

Korang pernah terfikir x disebalik pemberian 'si dia' tu ade maksud tersirat? hahaha..bukan yang tersirat yg bukan2..tapi tersirat tentang kemanisan sesebuah hubungan.

Antaranya:

Cincin : Tandanya ikatan kasih yang abadi.

Gelang Tangan : Tanda mesra.

Rantai Leher : Ikatan cinta yang perlu diperhati.

Subang :  Tanda penghargaan dan penghormatan.

Kasut : Sentiasa mengambil berat / perhatian.

Pakaian / Kain : Semoga kasih berkekalan serta dekat selalu.

Payung : Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

Perfume : Tanda cinta.

Bingkai Gambar :  Sentiasa merindui dan tak ingin berjauhan.

Buku : Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

Bunga : Tanda kenalan dan tanda sayang.

Coklat : Semanis cintamu.

Sejadah / Al-Quran : Tanda kasihnya itu menyayangi dunia dan akhirat.

Handphone : Tandanya kamu tidak boleh berjauhan dengannya.

Masuk Meminang : Tandanya.... dia serius & betul2 serius...! :)


Tapi xkisahlah kalau u rasa ada maksud tersirat yang lain. Terpulang pada individu dan masing2 punya anggapan. Yang penting dapat hadiah dari orang yang tersayang kan! Sukanya bukan kepalang.

Note : Untuk bride to be, silalah pilih2 hadiah yang u'olls suka utk dijadikan hantaran nanti. Hee..



Love ◕‿◕
Farrah Anuar




Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Perintah Berkurung

Salam Sabtu korang..

Disebabkan 'bersih' punya hal, i diberi perintah berkurung oleh ayah.





Huhu..dalam hati menangis sebab xdapat turun kl yg jem penuh dengan roadblock & yang paling xdapat pegi PICC! :(

Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Friday 8 July 2011

a new day begins

a new day begins

Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Nak atau Tak Nak?

Salam uolls..Ehem2..Tadi i dapat sms dari UPU SMS. Lagi seminggu result pengambilan UPU akan keluar. Rasa excited pada tarikh 15/07/2011 pon ada. Tapi tahukah ke'excited'an i tu dah berkurang memandangkan saban tahun i 'apply' then keputusannya akan menghampakan i, dan bukan sahaja i yang hampa..tapi seluruh family termasuklah nenek & atuk.






Kadang2 kejelesan akan wujud pada rakan2 sebaya yang sering  post gambar di fb bersama segulung ijazah masing2. i terfikir result time diploma dulu i teruk sangat ke? sampai xberjaya nak sambung belajar. Tapi i hairanlah dan menjadi kemusykilan kenapa still jadi macam ni 'ANDA TIDAK BERJAYA'. Kadang2 bila mama tanya xnak sambung lagi ke? Mama cakap xkan nak bergajikan dengan lulusan diploma je. i cam buat muka -.- Bukan xnak sambung belajar lagi, tapi kadang2 dah muak dengan keputusan yang diberikan, makin lama makin surut kehendak dan keinginan nak sambung belajar..dan perasaan i tu terus bertukar kepada bekerja sepenuh masa serta ingin mendirikan istana mahligai sendiri. Ceh..cam cerita Puteri Impian Amy Mastura lak kan.



Tapi apa pon..i nanti kan  keputusannya minggu depan. Kalau rezeki i dapat.. alhamdulillah syukur & InsyaAllah i pegi, If x..i redha dengan ketentuan Allah S.W.T. So pastu dah boleh pay attention pada kerja KAHWIN!!..weeee T_T..


suka kan bila ada perkataan kahwin..hee..i pon!




Ok, i nak sambung verangan. Babaii..



Love ◕‿◕

Farrah Anuar



Suka entry ini? Sila LIKE LIKE LIKE ◕‿◕

Wednesday 6 July 2011

Teruja Pada ETUDE HOUSE

Salam, Hi korang.. Lunch makan apa hari ni? I makan bihun goreng singapore hasil buatan sendiri. Hee.. malas nak keluar office kerana company ni hanya bagi 45minit rehat.. Baik i makan-makan depan pc je..nyum2 dah pukul 1pm..xde lah kelam kabut kat luar tuh nak ngadap jem lagi satu hal kan.



Pasal tajuk TERUJA kat atas tu kan. Semalam after office hour i pergi kedai ni kat Queensbay Mall, Penang yang 10 minit je dari rumah i.







ETUDE HOUSE QUEENSBAY MALL





Yang membuat kan i teruja tu bukan apa.. Seronok sangat dapat beli benda ni.. (T__T). Sebab dari review kawan2 i cakap,  Precious Mineral BB Cream dari Etude House Korean ni mmg glowing2.fablous,mablous,dan macam2 lagi. Mula2 dgr dorang cite cam xnk amik port. Dalam hati cakap.. "Alahh..semua bb cream sama lahh".. tapi kan..tapi kan bila i try sapu kat muka..mmg superb! Tambahan pula dia ada UV Protection & Anti-Wrinkle dan SPF30/PA++ . Bila pakai bb cream ni..muka kita akan cantik, halus, gebu n akan jadi cam atress/singer Korean..(sudah ade sikap perasan di situ ya) boleh start nyanyi lagu Wonder Girl..No Body..No Body but YOU! Okeh..taaadaa i beli ni semalam.









Okeh ini bukan bb cream..ini paper bag dier.. Hee..
 tapi CANTIK kan bag dia? boleh dijadikan idea utk DIY wedding gift bag  nanti he...(T___T)








Ini lah Precious Mineral BB Cream nya. I beli RM65.00.Tube ni xla besar sangat. Pakai kena jimat2 yer Cik Farra. Pay day awak lagi sebulan baru dapat. (T____ *)






Dan juga i beli ini untuk masak cheese kek.. EH! tak..tak! ini bukan utk ingredient utk masak2 tapi ini adalah cleansing foam. Baking Powder nye cleansing foam ni mmg i pakai dari dulu. Segala kotor-kotor atau daki-daki yang terlekat kat muka tu mmg dia berpontensi nyah kan dari muka kita. After pakai cleansing ni muka kita pon lembut macam bayi baru lahir.. Yeke?? I beli harga dia RM39.90.. 




Okeh..times up! my lunch hour dah sampai. Nak sambung keja yang timbun2 ini website untuk korang view check location branch  --->Etude House


Love ◕‿◕

Farrah Anuar





Tuesday 5 July 2011

Bilik Tidur Idamanku

Happy Tuesday peopless ◕‿◕...

Dah lunch ker?haha.. xkan dah nak pukul 3pm xlunch lagi kan... ker dah siap membeli-belah kuih-muih untuk bekal kat office. Okeh dah melalut ke mana lah i ni.


Hari ini i nak cite pasal bilik tidur idaman (tajuk xleh blah kan).. xlama lagi i akan dapat bilik baru. Weeee sonoknya time kawin nt dapat bilik baru juga la kan. Hee.. So ayah i dah suh decide theme utk bilik tu. Kalau boleh i memang idamkan bilik tidur bertemakan Contemporary Modern Warm macam pict kat bawah tuu  Ini juga untuk keselesaan kita nanti.  i ni memang jenis pentingkan tempat tidur. Sbb time tidur tu lah kita nk rehatkan badan & minda kita sepuas2nya.




sumber : mr.google.com.



comel bukan?? 



Untuk flooring furniture i suka gunakan timber flooring. Sekarang ni dah mula banyak premis-premis menggunakan Timber flooring ni. Bukan hanya di cafe2. Malah banyak juga housing developer pon guna kan timber flooring utk menggantikan tiles or mable untuk kemasan lantai rumah. Cuma harganya mahal sedikit berbanding tiles & marble mengikut persegi. Lagi elok jenis kayu lagi mahal la kos nya. Dan jangan lupa juga service pest control sebelum pemasangan timber flooring ni untuk mengelakkan anai-anai.





sumber : mr.google.com.



Untuk curtain bilik i pula, i prefer white curtain. i mmg gilakan warna putih. Nyaman je kalo bilik kita warna putih, lagi2 dengan alunan muzik instrumental..ceh2..verangannnn sudah aku ni..





sumber : mr.google.com.




sumber : mr.google.com.





sumber : mr.google.com.



Hope sangat impian ku tercapai memiliki bilik macam kat atas-atas tuh lagi-lagi semasa hari bahagia.. Amin.

Okeh sampai sini je i berceloteh.. 
Jumpa di next entry!

Babaii 

Love ◕‿◕

Farrah Anuar



Saturday 2 July 2011

Pameran Pengantin 2011


Salam to all b2b, hari ni i nak cerita pasal Pemeran Pengantin yang dianjurkan oleh Urban Vibe. InsyaAllah kalau x keberatan i akan turun ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) next week 8hb hingga 10hb Julai 2011. Hope sangat lah dapat pergi sana sebab i dapat tau ramai vendor-vendor yg join pemeran kali ni. Antaranya ialah :

PHOTOGRAPHER / VIDEOGRAPHER




BRIDAL HOUSE / WEDDING PACKAGE



CATERING SERVICES



SPA



DECO



WEDDING CARD / PRINTING

GIFT

Ini lah antaranya yg i dapat info. So to all b2b yang nak survey-survey pakage yg superb. Jom ler kite sesama meramaikan lagi pameran ni.. Weeee..

Love ◕‿◕


Farrah Anuar

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!