Followers

Saturday 28 January 2012

Review : My Engagement Day , Vers ~ 1

*Peringatan* Entry ini Berjela2 panjangnya setelah 1bulan xupdate.

1 Bulan sudah menjadi tunangan orang.. Hari ni baru nak review.. Hee..

Tarikh 24 Dec 2011 (Sabtu) sebenarnya adalah tarikh merisik.. tapi pada 19 Dec (Isnin) sebelumnya.. tiba2 pihak lelaki call bagi tahu nakkan kami bertunang. Kemain kelibut lah kami nak sediakan semuanya.. Dari kateringnya.. hantarannya.. pelaminnya.. *bayangkan diberi 4 hari sahaja untuk sediakan semuanya tu.. 4 hari ok.. bukan 4 minggu.. *pengsan*

First of all Mama call Katering dari Bangi. Syukur Alhamdulillah.. masih lagi ada kekosongan.. tahu2 saja lah  date 24 Dec tu public holiday.. maka orang ramai buat events, wedding, kenduri & dll.. Mama just order menu lauk kampung macam sambal tumis udang, sambal sotong, daging salai masak lemak cili api, ayam goreng berempah, sambal tempoyak * fav! * ulam-ulaman, sambal belacan.










Daging Salai masak Lemak Cili Api


Kedua cari khemah.. sebab katering tu tak sediakan khidmat khemah. My pax adalah 200 orang. My family kalo buat kenduri or majlis xleh panggil sikit2 sebab nanti ada yang akan kecil hati. Sekali lagi Allah permudahkan urusan kami. Atuk i kata... "Jangan risau.. khemah & kerusi meja ditanggung berehh".. Atuk sponsor katanya.. *mood happy*








Theme of the day : Kuning di Raja.. *cewah* (tembok pon cat kuning ok) 


Ketiga pula.. sesi mencari barang2 Hantaran.. untuk bertunang biasa orang bagi manisankan kan.. material kurang.. i pon begitu.. hanya bagi sehelai kemeja buat Zam. Rabu tu baru i turun KL memandangkan i kerja di Penang. So Khamis baru lah bershopping2   di Jalan TAR. Hanya mencari alas dulang, bekas bunga rampai, kabus2 sebab dulang memang dah ada, recyle  mama punya time kahwin dulu. Maka begini hasilnya, 2 hari bertukus-lumus menghias hantaran tunang. Kebanyak sedara-mara bantu.. bagi kek bagi buah, sebab tu buah & kek sampai dua dulang. Yang paling i suka sirih junjung & pulut kuning with telur puyuh, made by my lovely mama. Terima kasih Mama.. Seronokkan..






Hal keempat pulak.. pelamin aka mini pelamin. Disebabkan last minit punya decision nak bertunang. Maka kami sekeluarga DIY sahaja kerusi kayu yang ado kat rumah tu. Duduk pun hanya 5 minit. Mini pelamin i ringkas sahaja.. hanya perlukan kain net light yellow 5 meter dan artificial bunga untuk naikkan seri pelamin tu. Fresh flower yang tepi2 tu pon murah i beli. 2sets hanya RM50. Nasib baik juga kusyen kerusi kayu tu warna gold.. ok kan digandingkan bersama tema pada hari tu.. Kuning. Lepas tu hangkut lah tempayan yang ado kat luar rumah tu.. hias sikit2... tadaaa.. dah siap.. Total of deco mini pelamin below RM100. Fuhh.. jimat duit






Perihal kelima adalah door gift for guest. A Big thanks to Kak Anis from Special Sugar. Rasanya lebih 5 kali i call Kak Anis tukar itu tukar ini. Kak Anis sangat2 lah friendly dan juga sabar melayan karenah i. Allah permudahkan segalanya. I order 200pcs of muffins for guest, 1 red velvet cake & 1 blueberry cake for my little cousin yg celebrate birthday on Dec &  French Macaroon & Apam Polkadot. Honestly i cakap.. cake redvelvet from Special Sugar sangat2 lah sedap. Boleh dikatakan semua2 yang i order semua sedap! Puas Hati.Superb!! Kagum & bangga dengan Kak Anis boleh buat semua ni.



Credit to Kak Anis from Special Sugar

                           *pinjam gambar yer Kak Anis.. Farrah tak sempat snap hari tu



Credit to Kak Anis from Special Sugar





Apam Polkadot from Special Sugar


       Cake Redvelcet from Special Sugar




Ini link untuk Special Sugar :

                      Facebook : Special Sugar
                      Twitter : Special Sugar

                           



Ok.. Time lunch dah sampai. Later i continue Vers 2 pula dengan perihal makeup + baju + the event.



Love & Hugs

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!