Followers

Tuesday 24 May 2011

Jangan Bersedih Jika Doa Tidak Makbul oleh Allah..

Salam Selasa buat rakan-rakan ku.

Sebelum kita meneruskan pekerjaan hari ni..marilah kita sama2 berzikir untuk hari ni.. 

Zikir untuk Hari Selasa : Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) 

Semoga dengan mengamalkan zikir harian ini, hati kita akan bertambah lembut, kasih dan cinta kepada Allah S.W.T.




Sebagai Renungan Kita Bersama

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.


Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.


Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.




Saturday 21 May 2011

Salam Hari Sabtu Koranggss.

Hari ni bangun seperti biasa selepas solat subuh n then terus siap2 g keja..erm..kalau ikut kan ati ni memang nak je ponteng 1 ari n sambung tdo..kroohh..krooh (haha buruk pangai tdo berkeruh). ok sambung balik cite kite tadi yerk. Erm.. i nak tanya la..pada sape yg g keja la kan.. korang slalu pening x nak pilih baju n tudung ape setiap kali nak g keja? Pening kan?? huhu...itu semestinya terjadi pada i setiap kalo bangun tdo nak g keja..malas + xtau nak pakai ape g keja. Kan best kalo g keja pakai baju sekolah..eh..baju uniform keja. Sama je semua..tapi bau xsama kot..sbb kadang2 ade je yg pakai baju tu xbasuh sampai 5hari bekerja..kihkih..kantoi kan..(jangan marah sape terasa).



Erm.. itu perihal nak g keja..kalo kat tempat keja pulakss..erm..macam2 ragam.. i keja sini as Quantity Surveyor (QS) n Purchaser. So kadang2 nak melayan perangai satu2 klik ni pening. Kalo bab kira-kira tender ni xkisah sangat sebab just kira-kira n hantar on time. Tapi bab2 purcharsing ni. Site person kadang2 leh order barang suka2 n leh juga suka2 cancel. Padahal kite dah set semua dgn clients..so dengan muka xbape nak malu.g la minta maaf utk cancel kan order tadi. Fuuhh.. kalau mana yg ok, xpela..tapi kalo yg loqlaq (bahasa orang utara nohh) mmg kecut perut nak cakap. Tapi xpelah..i pekak kan telinga je..janji i da cancel..nak marah,marah la site person tu kan..hihi..



Esok dah Ahad. Xtau nak plan g mana. Kalau g mana2 nt i kongsi kan k. Ha! sebut pasal kongsi2 ni. Korang dah tengok cte 'Kongsi' x? Kalau korang dah tengok..i pulak nak cakap..yg i belom.. hik2..mmg lem skit i kan..padahal dah 7juta orang Malaysia dah serbu tengok cte tuh..i baru nak t'hegeh2 nak g tengok.





p/s: Next week turun KL.. family nak wat kira2.. (kira2 ape eh) hik2..n ingat nk g ngedate ngn wak jam g tgk Nur Kasih The Movie..weeee.. *senyum riang*

Friday 20 May 2011

Masa

Salam Hari Jumaat korang!


Cepat nye masa berlalu.. kejap je dah hari Jumaat, kejap je dah bulan 5, kejap je nak puasa dah. Ha! korang dah ganti belum puasa tahun lepas? tak sampai 3 bulan lagi nak puasa dah kan. Ganti tau..jangan tak ganti.Peringatan juga pada diri sendiri juga..




Baru-baru ni i stress sangat. Macam-macam dalam fikiran ni antaranya persediaan nak jadi student balik, persediaan nak kahwin..(wehuu) ! hahah tengok cam seronok kan? Padahal dah macam roller coaster main dalam kotak fikiran i ni. Macam mana eh keadaan kalau tengah-tengah study tu tup..tup.. kahwin? Tapi rasanya ramai kan orang wat camtu untuk menaikkan taraf hidup dorang. Tanpa Diploma, Ijazah, dan lebih lanjut lagi Master! mmg susah la. Lain la kalau diri ni ada seni orang kelebihan untuk bekerja sendri dengan hasil tangan sendiri.Kehidupan  kat luar sana semakin mencabar. Kadang-kadang i terfikir, "Adakah i dah ketinggalan jauh dari kawan-kawan yang seangkatan ? Dorang semua sekarang dah senang-lenang ngan Ijazah masing. Tipulah kalau i cakap aku tak jeles. (tipu-tipu-tipu) hurm..nak menyesal dengan keputusan SPM lepas pon  tak guna Farrah oii.. Itu la..dulu mama ayah suruh belajar sungguh2 kamu tak mau kan..main-main lagi..hurm..tapi i fikir positive balik..mungkin tuhan dah tentukan i macam ini..ini..dan macam itu..itu..So for the advise pada adik-adik,belajar lah betul-betul hingga berjaya,SPM adalah titik permulaan untuk kita melanjutkan pelajaran ke menara gading yang diimpikan.




hurm..lagi satu nanti nak kena cari kerja kat tempat baru ..memang sangat mencabar kan nak mulakan hidup baru ni.. macam kita baru nak masuk darjah 1 dulu. Takut + nebes + berkobar-kobar nak start sekolah pakai baju putih n skirt biru..tapi itu semua mak n ayah kita sediakan. Sekarang ko dah besar Farrah. Self service ok!! huk..huk..*nanges* So..kita semua kena lah ada positive thinking. Mula-mula memang akan rasa lain sedikit bila baru masuk kerja tuh. Tapi lama-lama nanti bila dah selesa dengan keadaan tu..InsyaAllah..dengan sendirinya Takut + nebes dll hilang. Hope sangat nanti i dapat tempat kerja yang orang2 nye sangat friendly. Amin..






ok lah ..nak sambung wat kerja..even tak de sape kat opis ni yg wat keja..Almaklumlah..hari Jumaat..semua dengan agenda masing..(huhu ade kakak tu baru lek jusco beli handbag baru)


tata*





Thursday 19 May 2011

NUR KASIH THE MOVIE IS OUT TODAY! 19/05/2011 *yeay*



Filem Nur Kasih The Movie akan mula ditayangkan di panggung wayang mulai hari ini di seluruh Malaysia.. Memang i tertunggu-tunggu kemunculan depan tv cerita ini dari mula ia dipertayangkan di tv3 setahun dulu. Cerita ni memang tak membosankan.. esp watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih.. huhu..so sweet & dia sungguh tabah menghadapi pelbagai cabaran. hurm..kalau i lah..dah meraung kuat-kuat sebab suami dia , Adam isteri lain..tapi atlast..dengan ketabahan even kena bermadu, dia redha dengan ketentuan dariNya. Tabah kan dia..?? hik2..



sweet kan Nur Amina (Tiz Zaqyah) & Adam (Remy Ishak)

Now! Nur Kasih The Movie (NKTM)! Filem ni punyai trailer yang sungguh hebat dengan permandangan negara Timur Tengah, suasana kampung, sawah padi yang sangat cantik serta muzik latar yang sangat2 best esp. lagu original sound track (OST) Nur Kasih, Yasin ft Tiz Zaqyah & Bertemu Cinta , Mila Jirin. Seronoknya.. nak tengok..nak tengok! nak bawa tisu 2 3 kotak.. coz i ni memang cengeng sikit..bab2 nangis memang no. 1 lah tapi dalam masa yang sama kekasih hati jauh..huhu.. cedih2..mesti semua orang dah tengok 2 3 kali kat wayang..aku baru lah nak tergedek2 nak pegi tengok.. tak pelah..kekasih hati kata next 2 weeks kita tengok eh. (ha! 2 minggu lagi? ) xpelah korang tengok lah dulu eh.tapi janji jangan cite-cite kat i tau! 


Antaran barisan pelakon Filem Nur Kasih The Movie 





Korang boleh saksikan video klip OST Nur Kasih The Movie dalam video di bawah.
Best kan? haha..i dah budget cam Tiz nyanyi sorang2 sambil update blog nih..




Ok lah korang! nak sambung keja (budget cam ade orang baca lak ko nye entry ni kan)






bubbye*

hello!

Welcome to me for a new world blogger!

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!