Followers

Tuesday 21 February 2012

Warna Tema Bertukar

Minggu lepas i dah jumpa semua vendor. Dari pihak katering, pelamin, baju. Maka banyak perubahan telah dilakukan. Nasib baik ada 221 hari lagi. Warna tema bertukar. Harap-harap ini yang terakhir. Pening juga nak rombak semua. Dari warna si pengantin, keluarga, dayang, pelamin , khemah. Baru hal begini i dah demam satu hari. Sebab masa pilih warna dulu, ambil masa juga i nak research satu-satu. Jangan sampai menjuling sudah..



credit : Google




Love & Hugs

Tuesday 14 February 2012

Preps : Songket untuk Malam Berinai Besar

Selamat Pagi! Ceria sangat i pagi ni tak tau kenapa. Preparation baru 10%. Dewan, OP, OV, MUA, dah booking. Adakah itu 10%? Ke nak up sikit bagi sedap hati i ni..

Sekarang I tengah survey butik/bridal yang ada sewa busana songket untuk majlis malam berinai. Siapa-siapa yang pernah survey pasal songket ni boleh lah sharing dengan i butik mana yang menarik.


 








credit : Sis Khayrany


Accessories






Color pilihan : Red / Blue. Consider untuk sesuaikan dengan dayang-dayang yang pakai Yellow Mustard.

Tolong-tolong.... mana nak cari songket sebegini.


note : Berinai besar ni akan dibuat selepas majlis akad nikah.


Love & Hugs

Sunday 12 February 2012

Song - Saat Bahagia


Dedicated this song to my Mr. Fiance

Tiba-tiba hari minggu nak joget dengar lagu ni. Chill ;)





Ungu feat. Andien - Saat Bahagia



saat bahagiaku duduk berdua denganmu
hanyalah bersamamu hmmm
mungkin aku terlanjur
tak sanggup jauh dari dirimu
ku ingin engkau selalu
tuk jadi milikku
ku ingin engkau mampu
ku ingin engkau selalu bisa
temani diriku sampai akhir hayatmu
meskipun itu hanya terucap
dari mulutmu oooh dari dirimu
yang terlanjur mampu bahagiakan aku
hingga ujung waktu selalu

seribu jalan pun ku nanti
bila berdua dengan dirimu melangkah bersamamu
ku yakin tak ada satu pun
yang mampu merubah rasaku untukmu
ku ingin engkau selalu
tuk jadi milikku
ku ingin engkau mampu
ku ingin engkau selalu bisa
temani diriku sampai akhir hayatmu
meskipun itu hanya terucap
dari mulutmu oooh dari dirimu
yang terlanjur mampu bahagiakan aku
hingga ujung waktuku selalu
mungkin aku terlanjur
tak sanggup jauh dari dirimu
ku ingin engkau slalu
ntuk jadikan aku
ku ingin engkau mampu
ku ingin engkau selalu bisa
temani diriku sampai akhir hayatmu
meskipun itu hanya terucap
dari mulutmu oooh dari dirimu
yang terlanjur mampu bahagiakan aku
hingga ujung waktuku selalu



Love & Hugs

Saturday 11 February 2012

Preps : Theme of Reception Day

Happy Saturday reader/s..



Theme of Reception Day



  • Pengantin : Blue Tiffany / Light Turqoise / Aqua





  • Keluarga Pengantin Perempuan : Silver/ Light Grey





  • Si kecil Bungaan : Peachy / Light Peach





























  • and for my flower girl
    (color ni rasa nak makan pon ada! Delicious!)







     play with light colors. The event is noon. So kalau boleh i nak avoid dark color. 

    sekian.


    Love & Hugs

    Friday 10 February 2012

    Preps : Theme of Solemnization Day



    Preps : Theme of Solemnization Day


  • Pengantin : Pearl White/  Off White




  • Keluarga Pengantin Perempuan : Hijau ( lebih kurang Lime Green)




  • Dayang-dayang (9 orang) : Kuning Mustard



















  • Buat sementara ini dalam list i. Ayah pun tak bantah apa-apa (ayah selalu cerewet pilih tema untuk color baju raya , biar cantik dalam gambar katanya)


    nota kecil : Next 3 weeks akan ke Bandung.. dah kena siap sedia draf kad jemputan, senarai warna tema, door gift dll..




    Love & Hugs

    Wedding BFF - Shafika Sofian

    Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan Shafika dan Haizam.

      Last week i berkampung di Batu Berendam, Melaka meraikan my best friend wedding. 3 Feb 2012, Jumaat i dah shoot to Melaka dengan tunang tersayang. Lepas solat Jumaat majlis akad nikah antara Shafika & Haizam dilansungkan. I cakap dengan tunang, "i nak sangat tengok dia nikah. Kita sampai awal eh".. nasib baik dia pon ok. By the way, Shafika adalah kawan kami sama-sama masa diploma dulu. Masa dia nikah, i sebak sangat. Dalam hati " Dah nak jadi isteri orang kawan aku ni" Ooh pika, i miss our memory.

       Acara nikah pada hari tu sayu sangat tambah pula hujan. Nak kata semua lah "hujan" juga. Mula biasalahkan..tok kadi bagi sepatah dua kata lepas tu acara baca teks penyerahan kuasa penjagaan antara bapa pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Masa tu mula sebak. Bila ayah Shafika baca teks penyerahan tu..sungguh sayu! Si pengantin dah meleleh air mata. I pon yang sebelah dia pon leleh lah juga. Lepas tu mak Shafika pula baca. Then pengantin perempuan pula. Jarang i tengok majlis nikah macam ni.. mean ada baca teks penyerahan penjagaan. Selalu baca antara bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki je.







    Shafika! U are so sweet!


    Malam tu pula majlis berinai besar. Zam dan i ada tugas besar tahu! Jadi pengapit.. Whoot..whoot! Seronoknya kami jadi pengapit malam tu. Dah lah tak pernah jadi pengapit sama-sama sebelum ni. Siap ada bunga api. Shafika mengenakan busana songket dan  sanggul lintang. I tak pernah tengok secara dekat sebenarnya orang Melaka kahwin macam mana. So malam tu Shafika pakai sanggul lintang. Terkelip-kelip mata i tengok dia pakai. Siap tanya.. eh tak berat ke? tak jatuh ke?...kahkah.. hado tanya camtu.





    pengapit sedondon



    with Ain, Aishah, Puan Shafika , me



    sangat comelkan?


    Shafika's Reception. :)



    Selamat Pengantin baru Shafika dan Haizam. Selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga hidup diberkati Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki dan peroleh anak-anak yang soleh/solehah. Semoga bahagia dunia dan akhirat.



    Note: Next week dah kena fitting baju kahwin..huhu tak sabar


    Love & Hugs

    Thursday 2 February 2012

    Terima Kasih Rumah Kebaya Malaysia




    "Saya menang motor!, Saya menang motor!" haha kau ingat ini iklan Power Root ke Farrah?. Ok itu tipu, mana ada menang motor.

    Alhamdulillah, syukur nikmat Allah S.W.T murah rezeki I menang 'Contest Like' daripada Rumah Kebaya Malaysia. I pernah buat entry ini dan mengajak anda bantu dengan 'LIKE' gambar kami READ. Sampai sekarang mulut dan hati tak henti ucap syukur dan terima kasih kepada semua yang LIKE. Tercapai angan-angan dan cita-cita nak pakai busana pengantin dari RKM on my big day. Dari dulu lagi I suka dengan hasil kerja Kak Sitti dari Rumah Kebaya Malaysia. (RKM) Tak sia-sia usaha selama tiga bulan tak tidur lena untuk dapatkan Like terbanyak. Syukur I dapat penajaan busana pengantin serta foto pre-wedding.


    Mula terpaut pada RKM sejak perkahwinan Kak Atia aka Cik Belle, then tengok pula Kina pakai sangat-sangatlah cantik! Then tempat rujukan yang selalu I kacau dia untuk tanya itu ini Puan Sri Lienda (PSL) . Dalam hati berkata, cantiknya mereka. Kalaulah aku... cantik sebegini nanti.







    credit : Blog Kina




    credit : FB Puan Sri


    Ucapan jutaan terima kasih kepada orang kuat I, Mama, Ayah dan tunang yang tak putus-putus bagi semangat dari mula hingga akhir. Memory yang I tak boleh lupa sampai bila-bila Terima kasih RKM kerana menganjurkan Contest ini. Tak lupa juga kepada keluarga, rakan-rakan Fb, rakan-rakan blog, yang sudi membantu.


    Terima Kaseyyyyyy! 
    *ala-ala M. Nasir bagi ucapan masa menang Awan Nano AJL 26* Dia speechless lah tu, termasuklah i masa mula-mula dapat hadiah ini. (hekk ada kena-mengena ke)


    To B2b yang masih tercari-cari busana perkahwinan, pelamin
     boleh lah jenguk-jenguk koleksi dari 
    Rumah Kebaya Malaysia 




    note: ada idea tak untuk pre-wedding photoshoot?


    Love & Hugs

    Wednesday 1 February 2012

    7 Month To Go


    Entry 30 June 2011 READ dulu berkira-kira sampai 17month 3weeks more (bermakna 1 tahun setengah lebih) Lama lagi rasanya masa itu. Sekarang pejam-celik, pejam-celik 7 month more to go. Semoga dipermudahkan segala urusanku.


    Note: still in Tiffany Blue Theme


    Love & Hugs

    Wordless Wednesday - Welcome February


    January meninggalkan kenangan yang terindah..




    Love & Hugs

    You may also like this:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    RUMAH KEBAYA MALAYSIA

    RUMAH KEBAYA MALAYSIA
    'Queen of the day' when you with RKM!