Followers

Friday 20 May 2011

Masa

Salam Hari Jumaat korang!


Cepat nye masa berlalu.. kejap je dah hari Jumaat, kejap je dah bulan 5, kejap je nak puasa dah. Ha! korang dah ganti belum puasa tahun lepas? tak sampai 3 bulan lagi nak puasa dah kan. Ganti tau..jangan tak ganti.Peringatan juga pada diri sendiri juga..




Baru-baru ni i stress sangat. Macam-macam dalam fikiran ni antaranya persediaan nak jadi student balik, persediaan nak kahwin..(wehuu) ! hahah tengok cam seronok kan? Padahal dah macam roller coaster main dalam kotak fikiran i ni. Macam mana eh keadaan kalau tengah-tengah study tu tup..tup.. kahwin? Tapi rasanya ramai kan orang wat camtu untuk menaikkan taraf hidup dorang. Tanpa Diploma, Ijazah, dan lebih lanjut lagi Master! mmg susah la. Lain la kalau diri ni ada seni orang kelebihan untuk bekerja sendri dengan hasil tangan sendiri.Kehidupan  kat luar sana semakin mencabar. Kadang-kadang i terfikir, "Adakah i dah ketinggalan jauh dari kawan-kawan yang seangkatan ? Dorang semua sekarang dah senang-lenang ngan Ijazah masing. Tipulah kalau i cakap aku tak jeles. (tipu-tipu-tipu) hurm..nak menyesal dengan keputusan SPM lepas pon  tak guna Farrah oii.. Itu la..dulu mama ayah suruh belajar sungguh2 kamu tak mau kan..main-main lagi..hurm..tapi i fikir positive balik..mungkin tuhan dah tentukan i macam ini..ini..dan macam itu..itu..So for the advise pada adik-adik,belajar lah betul-betul hingga berjaya,SPM adalah titik permulaan untuk kita melanjutkan pelajaran ke menara gading yang diimpikan.




hurm..lagi satu nanti nak kena cari kerja kat tempat baru ..memang sangat mencabar kan nak mulakan hidup baru ni.. macam kita baru nak masuk darjah 1 dulu. Takut + nebes + berkobar-kobar nak start sekolah pakai baju putih n skirt biru..tapi itu semua mak n ayah kita sediakan. Sekarang ko dah besar Farrah. Self service ok!! huk..huk..*nanges* So..kita semua kena lah ada positive thinking. Mula-mula memang akan rasa lain sedikit bila baru masuk kerja tuh. Tapi lama-lama nanti bila dah selesa dengan keadaan tu..InsyaAllah..dengan sendirinya Takut + nebes dll hilang. Hope sangat nanti i dapat tempat kerja yang orang2 nye sangat friendly. Amin..






ok lah ..nak sambung wat kerja..even tak de sape kat opis ni yg wat keja..Almaklumlah..hari Jumaat..semua dengan agenda masing..(huhu ade kakak tu baru lek jusco beli handbag baru)


tata*





0 Comments:

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!