Followers

Friday, 10 February 2012

Wedding BFF - Shafika Sofian

Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan Shafika dan Haizam.

  Last week i berkampung di Batu Berendam, Melaka meraikan my best friend wedding. 3 Feb 2012, Jumaat i dah shoot to Melaka dengan tunang tersayang. Lepas solat Jumaat majlis akad nikah antara Shafika & Haizam dilansungkan. I cakap dengan tunang, "i nak sangat tengok dia nikah. Kita sampai awal eh".. nasib baik dia pon ok. By the way, Shafika adalah kawan kami sama-sama masa diploma dulu. Masa dia nikah, i sebak sangat. Dalam hati " Dah nak jadi isteri orang kawan aku ni" Ooh pika, i miss our memory.

   Acara nikah pada hari tu sayu sangat tambah pula hujan. Nak kata semua lah "hujan" juga. Mula biasalahkan..tok kadi bagi sepatah dua kata lepas tu acara baca teks penyerahan kuasa penjagaan antara bapa pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Masa tu mula sebak. Bila ayah Shafika baca teks penyerahan tu..sungguh sayu! Si pengantin dah meleleh air mata. I pon yang sebelah dia pon leleh lah juga. Lepas tu mak Shafika pula baca. Then pengantin perempuan pula. Jarang i tengok majlis nikah macam ni.. mean ada baca teks penyerahan penjagaan. Selalu baca antara bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki je.







Shafika! U are so sweet!


Malam tu pula majlis berinai besar. Zam dan i ada tugas besar tahu! Jadi pengapit.. Whoot..whoot! Seronoknya kami jadi pengapit malam tu. Dah lah tak pernah jadi pengapit sama-sama sebelum ni. Siap ada bunga api. Shafika mengenakan busana songket dan  sanggul lintang. I tak pernah tengok secara dekat sebenarnya orang Melaka kahwin macam mana. So malam tu Shafika pakai sanggul lintang. Terkelip-kelip mata i tengok dia pakai. Siap tanya.. eh tak berat ke? tak jatuh ke?...kahkah.. hado tanya camtu.





pengapit sedondon



with Ain, Aishah, Puan Shafika , me



sangat comelkan?


Shafika's Reception. :)



Selamat Pengantin baru Shafika dan Haizam. Selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga hidup diberkati Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki dan peroleh anak-anak yang soleh/solehah. Semoga bahagia dunia dan akhirat.



Note: Next week dah kena fitting baju kahwin..huhu tak sabar


Love & Hugs

6 Comments:

bahIRAh said...

farrah, ur friend amik butik mane ea?hihih saje nk tau..

eh itu bukan sanggul lintang.itu style palembang.. kalau sanggul lintang lagi sarat..siap ade jurai2 kat tepi and depan kepala.

♥♥♥Farrah Anuar♥♥♥ said...

@bahIRAh Irah.. iyer ke? haha i ingat sanggul lintang. Silap2.. Sebab ada makcik kata sanggul2 camtu lah.. i first time tengok benda alah ni dari dekat.

Irah, nanti i tanya dia.. tadi try sms. Myb bz lagi.. honeymoon mode tengah on..hee

♥♥♥Farrah Anuar♥♥♥ said...

@bahIRAh Dia ambil Butik Beauty D'Rias kat Melaka Baru. Phone : 014-2659115

bahIRAh said...

ooo thank u!

Just^me said...

farrah, kalau negeri lain ada tak penyerahan ayah tu? mesti sayu kan time tu?

♥♥♥Farrah Anuar♥♥♥ said...

@Just^me Tak tau lah. Biasa Pengantin Lelaki dengan Ayah Pengantin Perempuan je kan.. tapi ada member dari J.Agama Islam kata kita boleh request kalau kita nak.

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!