Followers

Saturday 5 May 2012

Day 1 - Bandung, Indonesia ~Part 1

Assalamualaikum

Tolong tolong tolong jangan gelakkan i yer. Janji last month nak review pasal Bandung, ternyata masa mencemburui i untuk review pasal Bandung.Tiga bulan after the trip i baru nak update.. So ada yang i ingat.. ada yang tak berapa ingat nama jalan or situasi. Tapi tak apa.. Gambar-gambar dari photographer aka adik i ada menyajikan mata u dalam post ni.

First day 09/03/2012 (Jumaat)

Seawal jam 2 pagi ayah, mama,adik-adik i tiga orang tu serta tunang menyertai rombong cik eda ini (my mom) bergerak ke LCCT, Sepang untuk tiba awal di sana. Bayangkan jam 3 pagi dah tercegat di sana. Memang kosong otak ni tak tahu nak buat apa, tambahan pula mata merah i membengkak letih drive kereta dari Penang. Tengok sahaja aksi kami, tak semangat lansung nak bergambar.



muka lesu-melesu T_T


 Bersama tiga orang adik i dan tunang



Matahari pun tak muncul lagi. Flight kami  Jam 0650 pagi. 
So pada waktu ini adalah lebih kurang jam 0620 pagi.





2 jam masa perjalanan, maka tibalah di Bandar Bandung. Masa ni kapal terbang berlegar-legar di awangan lagi, kerana ada kapal di Airport Bandung nak berlepas. Maka kami berpusing-pusing atas kapal mengelilingi bandar Bandung selama 15 minit. Dalam hati.. "aihh.. bila nak turun ni.." pening rasa nak muntah bila lama-lama atas flight ni.



Kami tiba di Bandung Airport, jam 0850 pagi. 



Di depan Airport Bandung, Indonesia




Supir daripada Orange Homes dah menanti ketibaan kami. Kami di bawa menaiki Toyota Kijang (Innova kalau kat Malaysia) untuk ke Orange Homes Hotel.






Ok. Ini COMEL!
 Semasa on the way to hotel, setiap kali berhenti di traffic light, mesti ada penjual, penyanyi, dan lain-lain lalu di setiap kereta. Pada yang pertama kali melihat keadaan sebegini (same goes to me) akan rasa pelik sedikit. 





Ok! Inilah tempat penginapan kami tujuh beranak untuk 4 hari 3 malam di Bandung, Indonesia.
Sangat selesa, service mereka pon baik. Kebanyakkan rakyat Malaysia yang melancong ke Bandung, akan di tempatkan di sini oleh Air Asia. I beli tiket + hotel, maka Air Asia akan bagi hotel ikut budget kita dan kita boleh pilih hotel mana yang kita nak.



Jl. Babakan Jeruk 1 No. 76 
BANDUNG - 40163 - INDONESIA

Phone  :             +6285 321 412 367      
          :             +6281221010336      



Ok, next part is SHOPPING!! PASAR BARU!.. continue after this.



Love & Hugs

0 Comments:

You may also like this:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUMAH KEBAYA MALAYSIA

RUMAH KEBAYA MALAYSIA
'Queen of the day' when you with RKM!